Wednesday, May 1, 2019

A little change.

I've created a new instagram account called @malayfoodwriter, where I post all about food. Hence, I might not update much here anymore.

Friday, February 8, 2019

Nasi Go.....reng

Aku jarang2 suke nasi goreng homemade.
Mungkin sebab tekak aku dah terbiasa dengan kesedapan nasi goreng kedai; banyak ajinomoto.
Tapi haritu, nasi goreng yang mama masak rase special tau.

Me : Ma, harini nasi goreng mama macam extra sedap lah.
Mama : Oh. Semalam kan ade rendang ayam lebih. Mama pun jadikanlah rendang tu sebagai rencah nasi goreng tu.
Me : Wow! Patutlah sedap! Nanti bila2 mama bolehlah buat nasi gondang ni ya  ?
Mama : Nasi Gondang ?
Me : Nasi Goreng + Rendang =Nasi Gondang. Hehe
Mama : Haha ade2 je kamu ni

Hokkaido, Aishiteru

Inilah yang dinamakan destiny.

Alkisahnya, malam sebelum kami berangkat ke Ipoh, macam biase aku scroll Instagram.
Tiba2 ada satu post ni menarik perhatian aku.
Gambar macam aiskrim roti tapi nampak  lebih menawan.
Aku pun baca caption.
"Hokkaido Ice Cream Puff. Orang kata special flavour diorang durian dan green tea. Siapa tahu kat mane ni ? Cer komen"

Aku pun baca comment.
"Ipoh"
"oo ni kat Ipoh. Green tea memang sedap"
"confirm ipoh"
Rata2nya comment Ipoh dan aku pun apa lagi, Google "Hokkaido Ice Cream Puff Ipoh"
Memang wujud guys !

Aku pun google lagi "halal ke Hokkaido Ice Cream Puff Ipoh?"
Halal guys !

Fast forward keesokan hari, aku pun beli Hokkaido perisa Green Tea.
Sedap gila guys !
I really like the unique taste of green tea, the milkyness of the ice cream and to eat with the puff is such a perfect combination.
Mase aku pergi haritu harganya RM4 lebih. Memang berbaloi guys. Go check it out ok!


Peria

Orang kata pahit itu ubat dan semua orang tak suka ubat, betul ?
Tapi tak semua orang tak suka pahit kerana ada makanan yang rasanya pahit tapi sedap.
Antara yang aku boleh ingat ialah sayur peria dan maman.
Peria adalah salah satu sayur kegemaran aku.
When I eat peria, it never felt enough even when I eat many.
It's like eating snacks. You want to keep eating.
Never in my slightest mind I would find peria in a form of snack,
but I found yesterday.
It's called Crispy Peria.
Basically the peria is coated with flour,and it is crispy.
Sedap?Sangat.
Cuma...harga agak mahal bagi aku.
RM6 sebotol kecil.

So, mama try buat Crispy Peria homemade punya. 
Dah try beberapa kali.
Serious sedap and puas makan. 
Resepi ? Sila google. 

Wednesday, July 18, 2018

Naan cheese

Semalam kan, aku makan naan cheese. So far dah makan naan cheese yang sedap kat tiga tempat.

Negeri Sembilan : Al-Hussain Bistro
Bangi : Restoran Barra
Jalan Ipoh : Pak Punjab Restaurant

TAPI, antara tiga ni kan, first bite yang paling aku ingat is from Pak Punjab weh. Masuk je suapan pertama terus mata aku membesar and aku straight away cakap "sedapnyeee". Ha macamtulah kesedapannya.

My rating would be number 1 Pak Punjab, number 2 Restoran Barra and number 3 Al-Hussain Bistro.

Yang paling penting, naan cheese ni kene makan panas-panas tau. Baru terasa kelembutan, kepanasan dan ke-cheese-an naan tersebut.

Oh, by the way, Restoran Barra mungkin boleh kalahkan Pak Punjab kalau korang mintak extra cheese. Hmm. Cubalah !

Sekian review saya untuk hari ini.

Thursday, June 28, 2018

Me and chicken.

It has been 8 days without chicken. (but there's a few chicken in the fried rice and mix vegetables whatnot). Gonna try living without chicken for as long as i can. Probably gonna eat chicken once a month. InsyaAllah. Until then.

Road to fight eczema...and also 50kg.

#nochickendiet